TPM ajak rakyat meriahkan majlis pelancaran bulan kebangsaan dirasmikan PM hari ini

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

ORANG ramai diajak untuk sama-sama menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cyberjaya, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, semua rakyat Malaysia perlu memiliki semangat patriotik terutama sempena bulan kemerdekaan dalam membentuk kebersamaan yang jitu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof beramah mesra bersama tetamu kehormat ketika hadir ke Majlis Pelepasan peserta Larian Score Marathon 2024 di Putrajaya, hari ini. Turut hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani (tengah). GAMBAR: Abd Razak Aid

“Saya mengharapkan ramai yang akan datang untuk menyokong, sama-sama kita semarakkan semangat kemerdekaan negara kita.

“Semangat patriotik ini perlu ada sebagai seorang warganegara dan diharapkan dengan semangat patrotik ini kita akan mengkukuh lagi kekuatan perpaduan dan akhir Malaysia akan menjadi negara harmoni,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan sidang media selepas hadir ke Majlis Pelepasan peserta Larian Score Marathon 2024 di Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Berjiwa besarlah wahai Ketua Menteri Pulau Pinang

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelepasan peserta larian Score Marathon 2024, hari ini.

Seramai 24,253 peserta menyertai larian anjuran AIA Vitality pada kali ini yang bermula sejak 3 pagi tadi.

Apa menarik Score Marathon 2024 yang mempunyai empat kategori iaitu 42 kilometer (km), 21 km, 10 km dan lima km turut disertai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.

Sebahagian daripada peserta menamatkan larian ketika menyertai Larian Score Marathon 2024 di Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pada masa sama, Fadillaha menyambut baik usaha dilakukan oleh pihak swasta untuk menganjurkan acara larian seperti ini yang bukan sahaja dapat memupuk gaya hidup sihat malah mengeratkan hubungan sesama kaum.

“Kerajaan sentiasa menyokong segala program sebegini rupa, malahan juga kita patut mempertimbangkan insentif kepada pihak swasta yang terlibat bersama, perkara ini memainkan peranan dalam membangunkan Malaysia.

“Ia sesuai dengan slogan Malaysia Madani kebersamaan sesama kita, kita mengambil berat di antara satu sama lain dan hari ini membuktikan bahawa badan korporat boleh sama-sama membangunkan Malaysia,” katanya lagi.

Sebahagian daripada peserta menamatkan larian ketika menyertai Larian Score Marathon 2024 di Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This