Kes bunuh Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM ke tali gantung

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

MAHKAMAH Rayuan hari ini memerintahkan agar enam bekas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017.

Kesemua mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali, masing-masing kini berusia 28 tahun.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian secara sebulat suara selepas memgembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas kesemua tertuduh yang juga perayu.

Beliau yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula seksyen tersebut terhadap mereka.

Justeru panel-panel hakim itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang meminda pertuduhan kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan.

Ketika membacakan keputusannya yang setebal 93 muka surat selama lebih 3 jam, Hadhariah menyifatkan bahawa tindakan keenam-enam tertuduh ini berniat jahat,zalim dan tidak berperikemanusiaan tanpa belas ehsan terhadap rakan sepengajian mereka.

“Kami bersetuju dengan pendakwaan bahawa cara jenayah bunuh dilakukan ‘shocks not only the judicial conscience but even the collective conscience of the society’.

“Ibu bapa mana yang tidak merasa kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat simati dikembalikan ke pangkuan mereka untuk dikebumikan di dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati. Benar kata pepatah ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’.

“Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa hancurnya dan luluhnya hati dan perasaan mereka bila melihat keadaan anak mereka diperlakukan sebegini rupa oleh keenam enam OKT ini seolah – olah tubuh badan simati ini tidak sedikit pun mempunyai nilai di kaca mata mereka sehingga mereka tergamak menyeksa dan berbuat kezaliman seperti ini.

“Mahkamah ini tidak akan bertoleransi di dalam kejadian sebegini. Oleh itu, kami sebulat suara memutuskan bahawa hanya satu hukuman sahaja yang wajar dijatuhkan terhadap OKT 1, OKT 2, OKT 3, OKT 4, OKT 5 dan OKT 6 iaitu dimana keenam-enam OKT ini hendaklah dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Rayuan Pendakwa Raya atas hukuman dibenarkan. ,” ujarnya.

Hukuman 18 tahun penjara terhadap OKT 1, OKT 2, OKT 3, OKT 4, OKT 5 dan OKT 6 diketepikan dan digantikan dengan hukuman gantung sampai mati. Rayuan balas OKT 1 sehingga OKT 6 terhadap hukuman ditolak.

Sementara itu, mahkamah turut menggantikan hukuman penjara tiga tahun kepada empat tahun terhadap 12 lagi bekas penuntut UPNM yang didapati bersalah mengikut Sesyen 330 Kanun Keseksaan.

Mereka adalah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd. Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhamad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Kesemua mereka diarahkan untuk menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini berikutan tiada permohonan penangguhan hukuman tersebut sehingga rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan selesai.

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut berkenaan selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Datuk Azman Abdullah selepas melihat kepada pertimbangan pelbagai aspek termasuk semua pihak yang terjejas terutama kesan dialami keluarga mangsa.

Selain hukuman penjara 18 tahun, lima penuntut itu kecuali Mohamad Shobirin turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Zulfarhan yang mana hukuman berkuat kuasa serentak.

Sebelum ini, keenam-enamnya menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Zulfarhan kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis buru lelaki curi beg penuntut dalam masjid di Alor Gajah

POLIS sedang giat memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti tempatan dalam ruang solat wanita...

More Articles Like This