SELEPAS lebih sebulan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Wan Rosdy memaklumkan, memasuki pejabat di Wisma Sri Pahang dengan mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).
Beliau juga telah menyerahkan surat penempatan dan pertukaran ketua jabatan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang.
“Setelah sekian lama bercuti selepas menjalani pembedahan di IJN pada 7 Jun lalu, Alhamdulillah, hari ini saya memulakan tugas mempengerusikan mesyuarat MMK di Wisma Sri Pahang, Kuantan.
“Saya juga telah menyerahkan surat penempatan dan pertukaran ketua jabatan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2024.
Baca artikel lain: Wan Rosdy dibenar keluar IJN tengah hari tadi
“Semoga negeri Pahang terus aman, makmur dan sejahtera. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Wan Rosdy selamat menjalani prosedur pembedahan di IJN pada 7 Jun lalu.
Setiausaha Politik Wan Rosdy, Mohd Farid Mohd Nor dilaporkan berkata, pembedahan berjalan lancar dan Menteri Besar Pahang itu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) IJN untuk pemantauan pasukan perubatan bagi tempoh 24 jam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluangkan masa melawat Wan Rosdy ketika menerima rawatan di IJN.
Beliau kemudiannya dibenarkan keluar dari IJN pada 14 Jun lalu tetapi dinasihatkan untuk berehat di samping perlu menjalani rawatan susulan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

