Wan Rosdy dibenar keluar IJN tengah hari tadi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi selepas lapan hari menjalani rawatan di pusat kesihatan tersebut.

Dalam hantaran di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai itu turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan sepanjang keberadaannya di IJN.

Bagaimanapun, Wan Rosdy memaklumkan, beliau dinasihatkan untuk berehat di samping perlu menjalani rawatan susulan.

“Alhamdulillah, saya telah dibenarkan pulang setelah menjalani prosedur pembedahan di IJN, tengah hari tadi.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan serta memberi sokongan kepada saya.

Baca artikel lain: Anwar ziarah Menteri Besar Pahang di IJN

“Insya-Allah, selepas pulih saya akan kembali bertugas seperti biasa. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Wan Rosdy selamat menjalani prosedur pembedahan di IJN pada 7 Jun lalu.

Setiausaha Politik Wan Rosdy, Mohd Farid Mohd Nor dilaporkan berkata, pembedahan berjalan lancar dan Menteri Besar Pahang itu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) IJN untuk pemantauan pasukan perubatan bagi tempoh 24 jam.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluangkan masa melawat Wan Rosdy yang sedang menjalani rawatan di IJN.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This