Lapor segera kes orang hilang, tak perlu tunggu hingga 24 jam – Polis KL

Dari Penulis

LAPORAN polis berkenaan kejadian orang hilang harus dibuat segera supaya tindakan pantas dapat diambil.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, masyarakat perlu membuat laporan sekiranya berlaku kehilangan atau mendapati ada unsur mencurigakan dalam kejadian kehilangan itu.

“Tiada prosedur operasi standard (SOP) yang menyatakan laporan polis harus dibuat selepas tempoh 24 jam kejadian orang hilang berlaku.

“Kita (di setiap balai) di Kuala Lumpur kena terima setiap laporan yang dibuat sebab setiap tempoh masa sesuatu kes orang hilang itu adalah amat penting untuk polis bertindak.

Baca artikel lain: Lavrov bincang cadangan Putin mengenai keselamatan Eurasia dengan Malaysia

“Mengambil pengajaran dan iktibar dari kes kehilangan dan bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, baru-baru ini, bila laporan dibuat, mayatnya ditemui lima hari kemudian dan ia menyukarkan tugas pihak forensik,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Rusdi berkata, selain itu laporan segera dapat membantu polis membuat usaha pengesanan individu yang dilaporkan hilang itu.

“Sekarang kena cepat kerana sekiranya ada kehilangan mungkin dalam tempoh yang tidak lama akan sampai ke sempadan, jadi kita kena cepat,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan bahawa semua pegawai dan anggotanya harus menerima laporan orang hilang yang dibuat, tidak semestinya untuk menunggu sehingga 24 jam.

Tindakan lewat mengambil laporan boleh menyebabkan setiap nyawa individu yang dilaporkan hilang terancam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This