Ketua Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh di Tehran

Dari Penulis

PEMIMPIN utama Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh dalam satu serangan di Tehran, Iran. 

Menurut laporan Reuters yang memetik kenyataan kumpulan pejuang Palestin itu, Haniyeh dikatakan terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’.

Susulan itu, Hamas mengumumkan berkabung atas kematian Haniyeh. 

Haniyeh dikatakan berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam. 

Pada 25 Jun lalu, sekurang-kurangnya 10 ahli keluarga Haniyeh termasuk kakaknya terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di barat Bandaraya Gaza. 

Sebelum itu, Haniyeh kehilangan tiga anak lelakinya dalam serangan udara Israel ke atas kereta mereka di kem Beach pada 10 April. 

Haniyeh yang juga bekas Perdana Menteri Hamas dipilih semula memegang jawatan Ketua Politik parti itu pada tahun 2021. 

Beliau merupakan orang kanan kepada pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin yang dibunuh pada 2004.

Menceburi bidang politik pada 2006, Ismail membuat kejutan apabila menang pilihan raya Parlimen Palestin selepas mengetuai parti itu mengalahkan Parti Fatah diketuai Presiden Mahmoud Abbas.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai perdana menteri selepas kemenangan itu namun Hamas yang dianggap sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, Israel dan Kesatuan Eropah dipinggirkan masyarakat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengadakan pertemuan dengan Haniyeh ketika mengadakan lawatan rasmi ke Qatar pada Mei lalu. 

Anwar ketika itu turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail Haniyeh yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis.

Beliau juga menegaskan Malaysia akan terus komited memainkan peranan di peringkat antarabangsa bagi menghentikan serangan ke atas Rafah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sentiasa bersedia, fenomena El Nino sebabkan cuaca lebih panas dan kering – Ahmad Zahid

SELURUH rakyat dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa ekoran fenomena El Nino dalam tempoh terdekat. Timbalan...

More Articles Like This