Polis siasat budak pandu kereta bawa dua adik bawah Akta Kanak-Kanak

Dari Penulis

POLIS membuka kertas siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 melibatkan kes seorang kanak-kanak memandu kereta membawa dua adiknya sekitar taman perumahan yang tular sejak Isnin lalu. 

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut sedang dijalankan. 

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. 

Semalam, media melaporkan bapa kepada kanak-kanak yang tular memandu kereta itu telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis. 

Bapa dan kanak-kanak tersebut dilaporkan telah tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sekitar pukul 11 malam, Isnin lalu. 

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Perodua Viva dengan membawa dua adiknya di Taman Putra Impiana, Puchong pada pukul 6.30 petang, Isnin lalu. 

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Ahad, sekitar pukul 8 malam apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun memandu kereta milik bapanya dengan membawa dua adiknya berusia empat dan enam tahun.

Susulan itu, Wan Kamarul Azran memberitahu waris kanak-kanak tersebut yang merupakan bapa dan pemilik kenderaan telah berjaya dikesan polis. 

Isnin lalu, tular satu rakaman video berdurasi 1 minit 49 saat, memaparkan kejadian di waktu malam itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This