‘Usah jadi bacul, perkakas rejim zionis!’, Anwar kecam tindakan Meta turunkan video ucapan takziah pembunuhan Ismail Haniyeh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Meta yang disifatkannya sekali lagi bertindak biadab apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Ketua Hamas, Ismail Haniyeh, semalam.

Anwar dalam kenyataan turut menyifatkan tindakan Meta itu sebagai telah menghina perjuangan rakyat Palestin.

“Tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.

“Peringatan tegas saya terhadap Meta – usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim zionis Israel!,” tegas Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan bersama kenyataan itu, Meta bertindak menurunkan perkongsian video dan kenyataan yang dimuatnaik Perdana Menteri di Facebook serta Instagram.

Meta memberi alasan kandungan yang dimuatnaik itu dianggap mengandungi organisasi dan individu berbahaya.

Video dan kenyataan itu adalah berhubung panggilan telefon Anwar kepada ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim untuk menyampaikan ucapan takziah kepada warga Palestin atas pembunuhan Haniyeh.

Baca artikel lain: Masjid seluruh Perlis adakan solat jenazah ghaib untuk Ismail Haniyeh

Hantaran itu antara lain menyiarkan kutukan keras Anwar terhadap serangan yang ditujukan ke atas Haniyeh.

Anwar menegaskan, pembunuhan tersebut kejam dan bertujuan untuk menggagalkan rundingan bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis di Gaza yang sehingga kini sudah meragut banyak nyawa.

Semalam, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut mengecam tindakan Meta menurunkan hantaran gambar di Instagram yang memaparkan perjumpaan ANwar dengan Haniyeh di Doha, Qatar, pada Mei lalu.

Dalam kenyataannya, bahagian terbabit memaklumkan tindakan Meta itu ternyata memperlihatkan diskriminasi pemilik platform media sosial itu terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara terbabit.

Haniyeh dilaporkan terbunuh dalam satu serangan di Tehran, Iran, semalam.

Memetik kenyataan kumpulan pejuang Palestin itu, Haniyeh dikatakan terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’.

Susulan itu, Hamas mengumumkan berkabung atas kematian Haniyeh.

Haniyeh dikatakan berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This