AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Sharifah Azizah Syed Zain, 63, disahkan sudah meninggal dunia.
Berita sedih itu dinyatakan oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi sebentar tadi.
“Pemergian Datuk Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi amat dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi.
“Jasa dan bakti beliau untuk Negeri Johor, khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan.
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga ALLAH SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di pekarangan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pagi tadi untuk menziarahi Sharifah Azizah.
Baca artikel lain: Gelanggang PRK Nenggiri dibuka esok
Presiden UMNO itu turut diiringi Pengarah hospital berkenaan, Dr Mohamad Nizam Subahir; bekas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday.
Pada sidang media selepas itu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Sharifah Azizah berada dalam keadaan agak kritikal dan sudah berhenti diberikan ubat tidur sejak pagi tadi.
Sharifah Azizah, 63, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang adalah bekas Ketua Wanita UMNO Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

