Pemuda PH bidas Wan Fayhsal isu boikot Himpunan Pembebasan Palestin

Dari Penulis

PEMUDA Pakatan Harapan (PH) membidas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas beliau mengajak orang ramai memboikot Himpunan Pembebasan Palestin malam ini.

Ketua Penerangan Pemuda PH, Ammar Attan berkata, tindakan Wan Fayhsal itu secara tidak langsung menunjukkan sikap munafik dalam dirinya.

Menurut beliau, kenyataan Wan Fayhsal juga merupakan satu bentuk pemikiran asabiyah hanya kerana perbezaan parti politik.

“Tindakan ini memperlihatkan kemunafikan beliau yang jelas, apabila menyeru untuk memboikot solidariti Palestin hanya kerana perbezaan warna politik,”

“Adakah ini bentuk pemikiran asabiyah atau khawarij yang beliau cuba promosikan?”katanya memetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu, Wan Fayhsal menerusi media sosial semalam menggesa penyokong pro-Palestin memboikot Himpunan anjuran kerajaan di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.

Wan Fayhsal dalam hantaran tersebut berkata, himpunan itu adalah sat ubentuk hipokrasi bagi kerajaan untuk menunjukkan solidariti dengan Palestin ketika ia masih meneruskan penjualan saham Malaysia Airport Berhad Holdings (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Ini kerana GIP tidak lama lagi akan dimiliki oleh Blackrock – pelabur utama dalam tentera Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mempertahankan keputusan itu dengan berkata ekonomi Malaysia akan terjejas jika hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel dibatalkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This