PERSATUAN Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan bakal membina sebuah kilang ais bagi menampung keperluan dan permintaan bekalannya di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, projek pembinaan kilang dalam kawasan Kompleks LKIM itu melibatkan kos RM7 juta.
Katanya, kerja-kerja pembinaan kilang itu dijangka bermula Januari tahun hadapan dan mula beroperasi Julai atau Ogos pada tahun sama.
“Kilang itu menggunakan empat mesin ais dengan setiap satunya mampu mengeluarkan 187 blok atau 25 tan ais mengambil masa hanya 15 jam untuk menyiapkan satu pusingan pengeluaran.
“Dengan pembinaan kilang ais oleh PNK Kuantan ini, ia dilihat dapat memenuhi permintaan bekalan ais di Kompleks LKIM Kuantan yang mencecah 1600 hingga 1800 blok sehari,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Kilang Air Batu PNK Kuantan dan Penyerahan Bantuan Titik Sentuhan Kepada Nelayan Kawasan Kuantan dan Pekan Tahun 2024 di Kompleks LKIM, Kemunting, hari ini.
Baca artikel lain: Polis belum terima laporan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini
Turut hadir Pengarah LKIM Pahang, Faizal Puasa, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pahang (Pernepa), Zulkifli Jusoh dan Pengerusi PNK Kuantan, Talib Husin.
Muhammad Faiz berkata, ketika ini bekalan ais bergantung kepada pengeluaran dari kilang sedia ada milik Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) berkapasti 1,000 blok ais sehari.
“Dengan adanya kilang ais baharu ini dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan ais terutamanya pada musim puncak ( September-Disember).
“Seterusnya projek ini juga dilihat mampu meningkatkan serta melancarkan aktiviti perikanan terutamanya aktiviti pembungkusan hasil tangkapan selain mendorong pertumbuhan pendapatan PNK Kuantan,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

