Potret rasmi Agong, Raja Permaisuri mula diedar esok

Dari Penulis

POTRET rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mula diedarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, Jabatan Penerangan (JaPen) akan menerima potret rasmi itu, manakala kementerian-kementerian dan jabatan lain boleh mendapatkannya di Kementerian Komunikasi, esok.

“Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan potret rasmi secara percuma, boleh berhubung dengan Jabatan Penerangan Negeri dan Pegawai Penerangan Daerah masing-masing,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, membangkitkan pertemuan beliau dengan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye, semalam.

Baca artikel lain: Dokumentari khas Majalah 3 pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17

“Perdana Menteri menegaskan agar kempen kesedaran perlu dilipatgandakan dan diperluas serta meminta ibu bapa yang mempunyai anak berumur 16 tahun ke atas, agar sentiasa mengawasi mereka ketika menunggang dan membonceng motosikal,” katanya.

Fahmi berkata kebimbangan ini berikutan laporan jumlah kemalangan jalan raya pada tahun lepas yang mencecah 600,000 kes, dengan kebanyakan yang maut melibatkan penunggang motosikal berumur antara 18 hingga 35 tahun.

Semalam, Anwar dilaporkan menerima kunjungan hormat aktivis sosial berpengaruh itu bagi membincangkan mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja. Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan penunggang motosikal yang berkaitan dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang serta isu penyelenggaraan jalan raya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amanah pertahan Sharon Teo, nafi calon ‘payung terjun’ di Permas

PARTI Amanah Negara (Amanah) mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

More Articles Like This