Rusuhan di UK beri kesedaran berita palsu tak boleh dipandang sambil lewa – Fahmi

Dari Penulis

INSIDEN rusuhan di United Kingdom (UK) telah memberi kesedaran kepada Malaysia bahawa masalah penyebaran berita palsu yang tidak boleh diambil secara sambil lewa, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan MADANI itu berkata, kerajaan mengambil maklum tentang gesaan Ahli-Ahli Parlimen di UK berhubung keperluan meneliti isu berkaitan penyebaran maklumat palsu terutama selepas insiden rusuhan yang serius di negara itu.

Beliau berkata, kerajaan memantau insiden itu dan mahu ia dijadikan pengajaran buat Malaysia.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini ada berbincang dengan badan kawal selia UK iaitu Ofcom. Saya akan minta MCMC berhubung semula (dengan Ofcom) untuk mendapatkan pandangan mereka,” katanya.

Baca artikel lain: Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu Semikonduktor jadikan Malaysia hab teknologi Asia Tenggara

Fahmi juga berkata penyebaran kandungan yang menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja) serta berbaur ekstrem adalah meluas di platform media sosial selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.

“Di Malaysia, sekurang-kurangnya kita telah banyak mengadakan perbincangan dengan platform media sosial untuk pastikan mereka juga bersifat proaktif dan membantu untuk mengekang penularan berita palsu terutama yang berkait isu 3R,” katanya.

Beliau berkata isu rusuhan di UK turut dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memandangkan terdapat ramai pelajar dan rakyat Malaysia di negara itu.

“Jemaah Menteri dimaklumkan secara umum keadaan adalah terkawal dan pada masa yang sama, beberapa tindakan diusahakan oleh kerajaan UK untuk menjamin keselamatan orang awam,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This