KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan TM Technology Services Sdn Bhd untuk meningkatkan keupayaan kestabilan pertahanan dan keselamatan menerusi implikasi mendalam teknologi kuantum.
Kontrak bernilai RM34.56 juta itu merangkumi penyediaan infrastruktur rangkaian kemudahan Pusat Operasi Keselamatan yang lengkap.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata infrastruktur keselamatan siber perlu ditambah baik bagi menggalakkan amalan terbaik dalam kalangan individu dan organisasi serta mengukuhkan daya tahan siber negara.
Oleh itu, katanya, adalah penting untuk mengiktiraf peranan sektor swasta dalam kemajuan dan aplikasi teknologi kuantum.
“Sektor swasta memainkan peranan sebagai peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan, memacu inovasi yang akan membentuk landskap keupayaan kuantum masa depan.
“Kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta adalah penting, bagi memastikan pembangunan teknologi kuantum sejajar dengan keutamaan keselamatan negara dan pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika berucap merasmikan acara SIBER SIAGA 2024, hari ini.

Baca artikel lain: Hornet: Mindef tunggu persetujuan Kuwait, kata Mohamed Khaled
Ini adalah siri ketiga SIBER SIAGA sejak dilancarkan secara rasmi pada 2022 dengan tema memfokuskan pada Securing The Quantum Future: Technology, Military and Regional Stability.
Program ini adalah sebahagian daripada usaha MINDEF untuk meningkatkan postur keselamatan sibernya dan menggalakkan kesedaran dan kesediaan yang lebih tinggi dalam menghadapi ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat.
Dalam pada itu, Adly juga menekankan kepentingan teknologi kuantum sebagai transformatif seperti internet, dengan potensi untuk meningkatkan pelbagai sektor.
“Oleh itu, kita mesti memulakan perjalanan ini bersama-sama, secara kolektif membentuk masa depan di mana kemajuan kuantum akan membawa kepada pelbagai potensi untuk semua.
“Untuk mempersiapkan masa depan yang didayakan kuantum dan mengurangkan risiko, kita mesti mengambil langkah konklusif untuk membina pemahaman, membangunkan kemahiran dan mewujudkan hubungan.
“Kita harus memanfaatkan eksperimen kuantum dunia sebenar, untuk memupuk tenaga kerja kuantum yang mahir, melibatkan diri dalam forum dan perkongsian untuk bertukar-tukar kepakaran dan mengurangkan risiko seluruh industri,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

