Thailand cadang penubuhan Zon Ekonomi Khas, libat swasta dan syarikat pemula

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

Thailand mencadangkan penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Malaysia-Thailand dengan penglibatan sektor swasta dan syarikat pemula.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cadangan itu disuarakan Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa sewaktu membuat kunjungan hormat di pejabatnya, semalam.

Menurut Anwar, mereka berdua telah membincangkan hasil lawatan kerjanya dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan, Sabtu lalu.

Perdana Menteri memberitahu, beliau dan Maris turut mengadakan perbincangan berhubung pengorekan muara Sungai Golok.

Katanya, ia bagi menangani isu banjir di mana usaha tersebut bertujuan membantu komuniti di sepanjang sempadan yang menghadapi masalah banjir setiap tahun.

“Selain sektor getah dan makanan, Maris turut mencadangkan penubuhan Zon Ekonomi Khas termasuk penglibatan sektor swasta dan syarikat pemula.

“Sayugia, penglibatan mereka boleh menarik lebih banyak pelaburan ke dalam SEZ, malah saya juga mencadangkan agar Kelantan mengambil peluang membina ruang perniagaan di sepanjang Sungai Golok,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Baca artikel lain: Bukti keikhlasan Anwar-Srettha mahu majukan Selatan Thailand demi penduduk Islam

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan komitmen Malaysia terhadap Proses Dialog Keamanan Selatan Thailand.

“Kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk Malaysia menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan Ke-7 pada 19 September 2024.

“Moga hubungan kedua negara berjiran ini terus utuh dan kekal harmoni,” katanya.

Anwar sebelum ini, telah menyatakan komitmen Malaysia untuk membantu menyegerakan Proses Dialog Damai tersebut.

Malaysia merupakan fasilitator bagi rundingan damai untuk menamatkan konflik yang berlangsung selama berpuluh tahun, memuncak pada Januari 2004 di wilayah selatan, termasuk Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohd Rabin Basirdilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Sabtu lalu, Anwar dan Srettha mengadakan lawatan kerja ke Rantau Panjang dan Sungai Golok bertujuan menilai kemajuan projek naik taraf jambatan menghubungkan kedua-dua kawasan, iaitu satu daripada inisiatif utama kesalinghubungan sempadan kedua-dua negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lima pegawai perubatan ditempatkan di Hospital Lahad Datu mulai Julai

SERAMAI lima pegawai perubatan akan ditempatkan di Hospital Lahad Datu secara rasmi mulai Julai ini bagi menangani isu kekurangan...

More Articles Like This