PAS mengajak DAP membantu Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, DAP seolah-olah tiada semangat setiakawan apabila tidak turun sepanjang tempoh berkempen.
“DAP ini tiada semangat setiakawan, ketika kawan (BN) tengah susah berdepan PRK, DAP tak datang pun bantu. Kenapa DAP tak nak datang? Penduduk di DUN Nenggiri pun mahu melihat raut wajah DAP.
“Mereka tidak sama seperti PN, kita bila calon BERSATU bertanding di PRK Kuala Kubu Baharu, kita sama-sama tolong.
Begitu juga di PRK Sungai Bakap dan PRK Nenggiri saling bantu membantu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian dalam ceramah umum di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Terah, malam tadi.
Baca artikel lain: Perjuangan The Pocket Rocketman dalam acara pecut berakhir, fokus keirin
Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata pihaknya berpuas hati dengan gerak kerja jentera PN sepanjang tempoh berkempen.
“Cuma berbaki beberapa hari lagi kita pastikan jentera dapat tingkatkan lagi keupayaan dengan membuat kunjungan ke rumah pengundi bagi memastikan peratusan keluar mengundi adalah tinggi,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, DAP tidak menerima undangan daripada BN untuk membantu berkempen di PRK Nenggiri.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, parti itu akan hanya turun membantu BN berkempen sekiranya dijemput.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

