MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz enggan mengulas isu berkaitan Tesla Inc membatalkan rancangan membina kilang di Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Memetik laporan Free Malaysia Today, Tengku Zafrul menyatakan beliau tidak bekerja dengan Tesla untuk menjawab isu tersebut.
“Kamu tanya Tesla. Saya tak kerja untuk Tesla,” katanya ringkas.
Ketika ditanya sama ada MITI akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan, beliau hanya mengucapkan “terima kasih” kepada pemberita sebelum berlalu pergi.
Untuk rekod, akhbar Thailand, The Nation melaporkan Tesla membatalkan rancangan membina kilang kereta elektrik di Asia Tenggara susulan keputusan pelaburan baru mereka.
Bagaimanapun, rancangan pembinaan kilang di China, Amerika Syarikat dan Jerman dilaporkan akan diteruskan.
Terdahulu, pagi tadi, jurucakap MITI berkata, laporan media itu bukan kenyataan rasmi Tesla dan hanya berdasarkan maklumat daripada sumber yang identitinya dirahsiakan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

