Calon DUN Mahkota: PH belum buat ketetapan, Majlis Presiden mesyuarat petang ini

Dari Penulis

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) belum membuat sebarang ketetapan berhubung parti yang akan bertanding mewakili parti gabungan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ketua Setiausaha PH ,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama parti komponen PH petang ini di Putrajaya bagi membincangkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Beliau berkata, perkara seperti parti yang akan menghantar calon seharusnya diuruskan menerusi mekanisme dalaman dan bukannya secara terbuka.

“Kami akan adakan pertemuan dan perbincangan, daripada perbincangan itu, barulah kami akan angkat satu ketetapan. Itu prosesnya dan biasanya ia tidak berlaku dengan mana-mana pimpinan di peringkat bawahan yang memberikan pandangan secara terbuka. Ia diurus melalui mekanisme dalaman.

“Misalnya petang nanti pukul 4, saya, Presiden Amanah (Datuk Seri Mohamad Sabu), Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke) dan Perdana Menteri akan adakan pertemuan dan walaupun belum jelas apakah isu ini akan dibincangkan, tapi saya yakin perkara ini (perbincangan calon DUN Mahkota) boleh kita angkat dengan menggunakan saluran parti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri di Dewan Millenium, di Kepala Batas, hari ini.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PH selepas Amanah Kawasan Kluang, Johor mahu parti itu diberi peluang bertanding pada PRK DUN Mahkota nanti.

Baca artikel lain: Kerusi DUN Mahkota: Amanah Johor akur nasihat Mat Sabu, sedia runding dengan BN

Ketua Amanah Kluang Dr Mohd Zuhan Mohd Zain sebelum ini dilaporkan berkata Amanah pernah memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan turut bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.

Kerusi DUN Mahkota kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Syarifah Azizah Syed Zain daripada UMNO dan pada PRN Johor Mac 2022, Sharifah Azizah menang kerusi DUN Mahkota mewakili Barisan Nasional (BN) dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti 5,166 undi.

Sementara itu, Saifuddin Nasution meminta jentera parti untuk fokus pada PRK DUN Nenggiri dan tidak melayan desakan PAS yang mempersoalkan tindakan DAP yang tidak turun berkempen di situ.

Beliau berkata jentera parti perlu terus berkempen supaya dapat memenangkan calon BN Mohd Azmawi Fikri yang bertanding di situ memandangkan berbaki beberapa hari sebelum tamat tempoh berkempen untuk PRK DUN Nenggiri.

Pengundian PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azmawi yang mewakili parti gabungan Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This