JKM terus pantau perkembangan adik Zayn Rayyan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus memantau perkembangan adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan, yang kini diletakkan di bawah orang yang layak dan sesuai (OYLS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tindakan tersebut dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang.

“Semua prosedur yang dijalankan adalah demi kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut semata-mata.

“Saya juga menyeru kepada masyarakat untuk melaporkan sebarang kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019 2615999 serta menghubungi pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Polis buru lelaki tikam dua wanita guna pisau

Terdahulu, Mahkamah Bagi Kanak-kanak (MBKK) Shah Alam, Selangor mengeluarkan perintah jagaan sementara ke atas adik Allahyarham Zayn Rayyan, kepada OYLS yang juga merupakan waris keluarga untuk tempoh interim dua bulan.

Keputusan tersebut selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].

Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan isteri, Ismanira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kejadian membabitkan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu didakwa berlaku di Apartment Idaman, Damansara Damai, pada 5 Disember tahun lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Datuk’ disyaki ketua kongsi gelap antara 291 ditahan, dadah RM6.26 juta dirampas

SEORANG lelaki bergelar 'Datuk' dipercayai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap menjadi antara 291 individu ditahan dalam Op Gaurus dilaksanakan...

More Articles Like This