Pemburuan emas berterusan, Shah Firdaus layak ke final

Dari Penulis

PEMBURUAN pingat emas pertama negara melalui acara basikal di Sukan Olimpik Paris 2024 masih menyala selepas atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya memasuki peringkat akhir acara keirin lelaki, sebentar tadi.

Walaupun pada awalnya atlet berusia 28 tahun itu hanya menduduki tempat keempat dalam perlumbaan separuh akhir tetapi penyertaan pelumba dari Jepun, Kaiya Ota yang menduduki tempat ketiga dan sepatutnya layak ke final dibatalkan atas sebab teknikal.

Penyingkiran Kaiya Ota dipercayai disebabkan dia menjadi punca kepada perlanggaran dengan pelumba dari Jerman dan lain yang menyebabkan dua peserta terjatuh dan tidak dapat menyudahkan perlumbaan.

Keadaan tersebut seterusnya menaikkan kedudukan Muhammad Shah Firdaus ke tempat ketiga dan seterusnya layak ke final bersama-sama lima lagi pelumba untuk sama-sama berebut pingat emas terakhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam perlumbaan separuh akhir tersebut, pelumba dari Australia Matthew Richardson menungguli perlumbaan dan pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen di tempat kedua.

Sebelum ini, Muhammad Shah Firdaus mengungguli pusingan ‘repechages’ dan pelumba Perancis, Rayan Helal menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Muhammad Shah Firdaus terpaksa beraksi di pusingan ‘repechages’ apabila menamatkan saringan kelima pada kedudukan ketiga di belakang pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul serta pelumba Poland, Mateusz Rudyk.

Namun, beliau dilucutkan posisi terbabit sekali gus menyaksikan Muhammad Shah Firdaus berada di kedudukan keenam namun ia tidak memberi kesan untuknya beraksi dalam saingan ‘repechage’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This