Muktamar Pas kali ke-70 diadakan pada 11 hingga 15 September

Dari Penulis

MUKTAMAR Tahunan Pas kali ke-70 akan diadakan di Kompleks Al Makmur, Kerdau Temerloh pada 11 hingga 15 September depan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, muktamar akan berlangsung selama lima hari dan dijangka dihadiri kira-kira 5,000 perwakilan dari seluruh negara.

“Kita (sebenarnya) mahu memperkasakan penyatuan ummah bagi menyelamatkan negara, agama dan bangsa.

“Jadi, perlu ada penegasan daripada kita untuk menggerakkan rakyat seluruh negara agar (dapat) menyahut seruan, kita (ke arah) menyatukan Melayu dan umat Islam itu sendiri,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Mayat tanpa kepala dan tangan sah milik Istiqomah, polis tahan pasangan suami isteri

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah itu memaklumkan, tumpuan terhadap anak muda bagi memastikan kedudukan parti terus kukuh turut menjadi fokus utama.

Jelasnya, Pas akan melihat bagaimana peranan yang perlu dimainkan oleh setiap sayap parti khususnya dari sudut dewan pemuda.

“Kita tahu anak muda adalah golongan yang akan menentukan hala tuju dan masa depan negara, jadi perlu diberikan satu skop atau panduan kepada anak muda dalam berpolitik,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This