PH tak letak calon di PRK DUN Mahkota, hormati kerusi penyandang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diadakan pada 28 September depan.

Keputusan tersebut dipersetujui kepemimpinan tertinggi PH yang telah bermesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi PH, minggu lalu.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, PH bersetuju calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding dalam PRK DUN Mahkota bagi mewakili Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, ia sebagai menghormati kerusi penyandang seperti mana BN melakukan perkara sedemikian ketika PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada September 2023.

“PH akan turun memberi sokongan dan dukungan sepenuhnya kerana mengekalkan kemenangan kerusi DUN Mahkota adalah menjadi keutamaan dalam semangat Kerajaan Perpaduan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: PRK Mahkota: Calon wakili Kerajaan Perpaduan mungkin muka baharu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota di Johor adalah pada 28 September depan.

Sebagai rekod, Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang, Johor.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi.

Sebelum ini, Parti Amanah Negara (Amanah) Kluang turut menuntut untuk bertanding di kerusi Mahkota.

Walau bagaimanapun, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dilaporkan berkata bahawa PH akan mematuhi prinsip “penyandang” iaitu parti yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya sebelumnya akan meletakkan calon dalam PRK tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This