Putera Mahkota Brunei tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia

Dari Penulis

PUTERA Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Subang untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 21 Ogos.

Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 11.50 pagi, diiringi isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Turut mengiringi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad serta pegawai-pegawai kanan dari negara itu.

Ketibaan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan delegasi Brunei itu disambut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Baca artikel lain: Hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara – Mohamad

Putera Mahkota Brunei kemudian berjalan melepasi kawalan kehormatan setempat terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.

Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, disusuli Majlis Santapan bagi meraikan delegasi Brunei.

Putera Mahkota Brunei turut dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Pada 2023, Brunei merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak US$2.04 bilion (RM9.31 bilion).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This