Anwar adakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di New Delhi

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri hari kedua lawatan beliau ke India dengan mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau menekankan keperluan Malaysia membuat beberapa keputusan yang tidak popular, seperti rasionalisasi subsidi diesel, untuk mengelak kekayaan negara daripada dieksploitasi oleh pihak luar.  

Anwar yang sedang dalam lawatan rasmi ke India dari 19 hingga 21 Ogos, turut menasihatkan pelajar dan anak muda Malaysia yang hadir supaya menghargai perkara yang baik.

Lebih 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar hadir dalam perjumpaan di New Delhi itu.

Hari ini Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan rasmi tiga harinya dengan menghadiri mesyuarat dengan ketua-ketua industri di India, selain bertemu Presiden parti BJP, J.P.Nadda dan mengadakan sidang media bersama dengan media Malaysia sebelum berlepas kembali ke Kuala Lumpur.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This