Harga diesel turun lagi, kali ini 2 sen dari 22 hingga 28 Ogos

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 2 sen seliter kepada RM3.23 seliter bagi tempoh 22 Ogos 2024 hingga 28 Ogos 2024.

Kementerian Kewangan memberitahu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Manakala, harga runcit petrol RON97 dan RON95 pula katanya, kekal pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Billboard kempen PH Bukit Permai dikoyak, calon buat laporan polis

CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Mohamad Shafwan Ani, membuat laporan polis selepas mendakwa...

More Articles Like This