Dakwa cuba rompak wanita di pasar raya, polis kesan pengemis warga asing

Dari Penulis

POLIS kini mengesan seorang pengemis yang didakwa cuba melakukan rompakan terhadap seorang wanita di tempat letak kereta dekat sebuah pasar raya di Bukit Tinggi, Klang.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/6851

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya telah mengesan video tular memaparkan seorang lelaki mengekori seorang wanita di media sosial pada petang semalam.

Semakan mendapati pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian ini.

“Siasatan di lokasi dan pengesahan daripada pengawal keselamatan yang bertugas mendapati lelaki tersebut adalah seorang pengemis warga asing.

“Kebiasaannya lelaki tersebut akan meminta duit dari orang awam dengan cara baik dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, polis kini berusaha mengesan lelaki tersebut bagi tindakan pencegahan.

Malah, polis juga akan mengesan dan merakam percakapan individu yang merakam dan memuat naik video perbuatan lelaki tersebut di media sosial.

Hoong Fong berkata, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis di talian 03-33762222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This