Matrade buka pejabat di Karachi – Tengku Zafrul

Dari Penulis

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan membuka pejabat di Karachi, Pakistan, sebagai sebahagian daripada tumpuan Malaysia yang semakin meningkat terhadap pasaran sedang pesat membangun.

Dalam bidang pertumbuhan utama, Malaysia merancang untuk meningkatkan perdagangan dengan Afrika Selatan, Libya, Mesir dan negara-negara Amerika Latin, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada Bernama.

Matrade mempunyai 49 pejabat di seluruh dunia, dengan yang terkini dilancarkan di Singapura pada tahun ini. Agensi penggalakan perdagangan itu juga telah menaik taraf pejabatnya di Kaherah dan Paris.

Pejabat Matrade di Karachi akan dibuka tidak lama lagi, kata Tengku Zafrul.

Baca artikel lain: UMNO mesti lebih proaktif

Karachi ialah hab komersial dan perkapalan utama Pakistan.

Perdagangan Malaysia-Pakistan bernilai AS$1.4 bilion (AS$1=RM4.372) pada 2023 dan telah melepasi AS$1 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, berdasarkan angka Matrade.

Industri halal yang berkembang pesat menjadi bidang utama untuk potensi kerjasama antara Pakistan dan Malaysia, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad Datuk Mohammad Azhar Mazlan pada awal tahun ini.

Pada masa ini, eksport Malaysia dalam sektor halal dianggarkan berjumlah AS$7.65 bilion.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This