Tanah jerlus: Kor Ming akan ketengah cadangan pemetaan utiliti pada mesyuarat KPKT minggu ini

Dari Penulis

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, akan mengetengahkan cadangan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi berkaitan dan juga syarikat utiliti untuk bekerjasama melaksanakan pemetaan utiliti bawah tanah, pada mesyuarat kementeriannya, minggu ini.

Kor Ming berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pelbagai agensi terbabit supaya mempunyai pemetaan utiliti atau kemudahan di bawah tanah.

“Di atas tanah kita boleh nampak, bawah tanah tidak nampak tetapi itu (pemetaan utiliti) penting kerana tanpa kemudahan bawah tanah, utiliti semua tidak sampai seperti air, elektrik, Internet, tangki najis… semua di bawah tanah.

“Sebab itu apabila saya kembali ke pejabat, saya akan bangkitkan pada mesyuarat kementerian pada minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas Jamuan Makan Malam DAP Perak, malam tadi.

Kelmarin, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dilaporkan berkata DBKL, agensi terbabit serta syarikat utiliti disaran bekerjasama membuat pemetaan utiliti bawah tanah untuk mengelak insiden tidak diingini daripada berlaku, terutama ketika pembangunan sesuatu projek.

Baca artikel lain: PM hadiri rundingan pemimpin ke-25 Malaysia, Brunei hari ini

Fahmi dipetik berkata, pemetaan utiliti itu penting bagi melihat keadaan di bawah tanah yang kebanyakannya mempunyai saluran perpaipan dan kabel elektrik, dengan ada kalanya tidak dipetakan pihak utiliti.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, kejadian tanah jerlus di Kuala Lumpur adalah bawah bidang kuasa DBKL, dan beliau masih menunggu laporan berkenaan kes yang berlaku di Jalan Masjid India pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, KPKT telah mengerah segala kepakaran anggota bomba untuk menyelamatkan pelancong warga India yang hilang dalam insiden itu.

“Kami bersimpati dengan apa yang berlaku pada beliau. Kami sedang melakukan yang terbaik… saya tahu cabarannya sangat besar, terutama ini membabitkan pelbagai aliran bawah tanah yang mengandungi gas beracun dan lain-lain,” katanya.

Seterusnya, Kor Ming berkata, beliau telah mengarahkan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, untuk melihat kembali semua kawasan berpotensi tanah jerlus di Ipoh.

Beliau berkata, ia dengan memanggil mesyuarat segera untuk langkah memeriksa keselamatan di kawasan terbabit bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Terdahulu, pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan papan tanda keselamatan di Jalan Kamaruddin Isa di Taman Fair Park, berdekatan kawasan kerja naik taraf kelubung oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berikutan kejadian jalan retak dan berlubang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This