Operasi Samseng Jalanan: 115 motosikal disita, seorang ditahan positif dadah

Dari Penulis

SEBANYAK 115 buah motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar Jalan Skudai – Pantai Lido, Johor Bahru bermula pukul 5 petang Ahad hingga 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, operasi tersebut diketuai olehnya bersama tiga pegawai kanan, 85 anggota polis, 10 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sembilan anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan 10 anggota Majlis Bandraya Johor Bahru.

Beliau berkata, seramai 286 individu bersama 257 kenderaan telah diperiksa.

“Dari jumlah itu, sebanyak 115 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis juga telah mengeluarkan 153 keping saman Pol 257 atas kesalahan trafik seperti tidak mempunyai lesen memandu, ubah suai kenderaan dan pelbagai kesalahan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, JPJ juga telah mengeluarkan 54 kompoun di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, pemeriksaan JAS terhap kenderaan yang diperiksa paras bunyi ekzos yang dibenarkan dapati sebanyak 46 keping saman dan 52 notis arah periksa telah dikeluarkan terhadap individu yang melebihi paras yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, Jabatan Siastaan Jenayah Narkotik telah menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesahalan tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1942,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This