OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terlibat dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India memasuki hari kelima, hari ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, pasukan SAR akan meneruskan kerja-kerja di kawasan ‘end point’ di loji Pantai Dalam dengan meneruskan kerja-kerja ‘flushing’.
Selain itu, katanya, pemeriksaan fizikal ke setiap ruang yang ada kemungkinan mangsa terperangkap juga akan dijalankan oleh pasukan terbabit.
“Pasukan SAR telah melaksanakan kerja ‘jetting’ dan pemeriksaan saluran paip kumbahan dan ‘manhole’ sehingga jam 6.30 pagi tadi. Kerja ‘jetting’ bagi memecahkan ‘debris’ berjaya bagi mengeluarkan sebarang halangan.
“Walau bagaimanapun, pemeriksaan menggunakan ‘push rod’ dan ‘crawler’ camera di ‘manhole’ 1 ke ‘manhole’ di hadapan Wisma Yakin bagi mengesan kebarangkalian lokasi mangsa adalah negatif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Operasi mencari mangsa kejadian tanah jerlus masuk hari kelima
Operasi mencari Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India memasuki hari kelima hari ini.
Tinjauan Bernama di lokasi mendapati seawal 8 pagi pihak berkuasa terlibat dilihat mengadakan perbincangan dan penugasan untuk melaksanakan SAR berkenaan.
Difahamkan anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Surya, 26, berada di lokasi pencarian kira-kira pukul 9 pagi, bagi mengikuti perkembangan operasi.
Tinjauan di sekitar kawasan insiden turut mendapati kebanyakan premis perniagaan masih ditutup dan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat 9 pagi tadi.
Hampir 50 petugas media sudah berada di lokasi seawal pukul 8 pagi untuk mengikuti perkembangan lanjut pencarian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

