DUA anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekali lagi memasuki stesen pam di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam, pagi tadi dalam usaha mengesan mangsa tanah jerlus Jalan Masjid India.
Kedua-duanya yang lengkap memakai topeng dan tangki oksigen selain topi keselamatan memasuki stesen pam berkenaan pada kira-kira 10.30 pagi tadi dan keluar 20 minit kemudian.
Bagaimanapun, setakat tengah hari ini masih tiada petunjuk positif ditemukan mengenai keberadaan mangsa di lokasi berkenaan.
Baca artikel lain: Tanah jerlus Masjid India: Operasi SAR bersambung, ground penetrating radar dijangka selesai hari ini
Stesen pam berkenaan turut dimasuki pasukan SAR semalam.
Hari ini ialah hari keenam misi mencari pelancong wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

