Mpox: Hampir 2.64 juta pengembara disaring, tiada kes setakat ini – KKM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

HAMPIR 2.64 juta pengembara telah melalui saringan bagi gejala mpox di pintu masuk antarabangsa sejak 16 Ogos hingga 27 Ogos.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tiada kes yang disyaki mpox dikesan dalam saringan tersebut setakat ini.

Jelas KKM, pengembara dari negara berisiko dinasihatkan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan.

Menurut kenyataan itu, KKM juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai kementerian dan agensi serta badan bukan kerajan (NGO) sebagai persedian awal.

“Langkah ini bagi memaklumkan peranan masing-masing dalam aktiviti kawalan dan pencegahan jangkitan mpox.

“Sesi secara maya juga telah diadakan bersama Kementerian Luar Negeri dan perwakilan Malaysia di negara-negara Afrika bagi menggembleng kerjasama untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat kepada warga Malaysia yang berada di negara-negara tersebut,” jelas kenyataan itu.

Untuk rekod, Penyakit mpox telah diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) buat kali kedua pada 14 Ogos lalu.

Penyebaran clade llb virus itu bermula pada 2022 dan berterusan sehingga hari ini, termasuk di beberapa negara Afrika. 

Terkini, penularan clade la dan clade lb yang semakin meningkat telah menjejaskan Republik Demokratik Congo dan negara-negara lain di Afrika. 

Peningkatan ini adalah kerana clade tersebut lebih mudah merebak.

Terkini, clade lb juga telah dikesan di luar Afrika iaitu di Sweden dan Thailand, masing-masing pada 16 Ogos dan 21 Ogos lalu serta melibatkan sejarah perjalanan ke Afrika. 

Berdasarkan situasi semasa yang turut melibatkan negara-negara jiran, Malaysia juga berisiko terkesan.

Mengulas lanjut, KKM turut mengingatkan individu berisiko tinggi yang mengalami gejala mpox seperti demam, bengkak pada kelenjar limfa dan ruam serta lepuh mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berdekatan.

KKM memaklumkan, individu yang melawat negara berisiko adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan.

Antaranya, jelas KKM adalah seperti mengamalkan kebersihan kendiri, mengelakkan kontak dengan individu yang bergejala atau haiwan yang sakit, segera merujuk kepada fasiliti kesihatan sekiranya bergejala serta mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM dari semasa ke semasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This