POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang mencari saksi yang terlibat berhubung ahli politik dan suaminya, yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pencarian saksi berkenaan menjurus kepada laporan yang siasatan yang diterima.
Beliau berkata PDRM juga akan mendapat artikel yang dikeluarkan negara berkenaan dan siasatan diteruskan.
“Selain itu, polis juga telah mengambil keterangan ahli politik dan suaminya yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia ini pada Julai,” katanya dalam sidang media selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, hari ini.
Baru-baru ini tular sebuah video pembongkaran sindiket itu di Myanmar di YouTube yang diterbitkan di Indonesia, kerana ramai rakyat Indonesia telah menjadi mangsa sindiket terbabit yang secara terangan terlibat dalam aktiviti jenayah pemerdagangan manusia termasuklah melakukan paksaan, penyiksaan, penjualan organ manusia serta jenayah membunuh.
Baca artikel lain: Mashitah nafi terlibat aktiviti pemerdagangan manusia
Sementara itu, diminta mengulas mengenai bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, SAC (B) Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tiga individu lain yang ingin menyaman PDRM sebanyak RM100 juta, Razarudin berkata PDRM menyerahkan perkara berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) untuk mendapatkan afidavit.
“Apabila saman-saman itu dibuat oleh defendan-defendan, saya serahkan kepada AG untuk menguruskan dan kita akan bekerjasama dengan AG dan biar AG yang menjawab mengenai perkara ini,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM bersama tiga anggota lain telah memfailkan writ saman dan tuntutan ganti rugi bernilai RM100 juta kepada PDRM.
Menerusi laporan itu, writ saman dan tuntutan itu difailkan bagi tujuan ganti rugi khas, deklarasi dan permohonan maaf daripada 11 defendan di Mahkamah Tinggi Tawau melalui Messrs Lincon & Co, Sandakan pada 15 Ogos.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

