Sambutan Ambang Merdeka 2024 pada 30 Ogos dibatalkan – DBKL

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SAMBUTAN Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertempat di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini dibatalkan.

DBKL menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial rasminya memaklumkan, pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa-mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.

DBKL juga mengajak orang ramai untuk terus bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme.

Terdahulu, insiden tanah jerlus pada Jumaat lepas di Jalan Masjid India menyebabkan seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini.

DBKL dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, pasukan JBPM telah memasuki saluran kumbahan secara huluan dari lurang di Wisma Yakin manakala kerja-kerja shoring (sistem sokongan sementara) secara manual dan kerja-kerja penggalian juga dilaksanakan.

Menurut DBKL, usaha mengesan mangsa menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar yang menembusi tanah oleh Jabatan Mineral dan Geosains diteruskan serta disambung esok.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This