YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa gembira dengan sambutan Hari Kebangsaan 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Fahmi Fadzil berkata, baginda bertitah demikian sebelum berangkat pulang sejurus selesai acara.
“Tuanku bertitah bahawa baginda sangat gembira dengan perjalanan sambutan hari ini berjalan tepat pada masanya. Tuanku sangat gembira,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan itu berakhir.

Baca artikel lain: Hari kesembilan: Pasukan SAR terus komited kesan mangsa tanah jerlus
Hari Kebangsaan 2024 adalah sambutan rasmi pertama dihadiri baginda selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penganjuran sambutan tahun ini adalah yang terbaik pernah beliau lihat.
“Perdana Menteri ada memaklumkan bahawa sangat gembira dan berkata bahawa ini adalah yang terbaik pernah beliau lihat. Ini adalah yang terbaik. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

