Lelaki maut kereta bertembung bas ekspres di Jempol

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau, Kamayani, Jempol pada 10.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 36 tahun dipercayai hilang kawalan telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas dipandu oleh lelaki berumur 48 tahun bersama 23 penumpang dalam perjalanan ke Bahau.

Beliau berkata susulan kemalangan itu, penumpang kereta terbabit berusia 38 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca artikel lain: Penunggang motosikal maut langgar tayar lori bergolek

“Pemandu kereta berusia 36 tahun cedera di bahagian kaki dan muka sedang menerima rawatan di Hospital Jempol,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pemandu bas bersama 23 penumpang lain tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This