Anwar rai Luxon pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan rakan sejawatnya dari New Zealand Christopher Luxon pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana, Putrajaya.

Luxon yang tiba di Malaysia semalam untuk kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada November 2023, disambut Anwar sejurus tiba pada 11.55 pagi di kediaman rasmi perdana menteri itu.

Majlis makan tengah hari itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Baca artikel lain: PM mahu langkah reformasi pentadbiran awam dilaksana segera

Terdahulu Anwar dan Luxon mengadakan pertemuan dua hala bagi membincangkan hal-hal berkaitan hubungan antara Malaysia dan New Zealand serta saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa melibatkan kepentingan bersama.

Pada 2023 New Zealand merupakan rakan dagangan ke-28 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-22 dan sumber import ke-27 terbesar dalam kalangan negara di rantau Oceania.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan New Zealand adalah RM11.56 bilion (US$2.54 bilion).

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This