Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia menjadikan semangat yang ditonjolkan semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2024 sebagai pendorong untuk memperbaiki diri serta meningkatkan prestasi dalam segala bidang.

Beliau berkata, suasana Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada Sabtu lepas yang dijayakan dengan begitu luar biasa membuktikan bahawa semua rakyat Malaysia berupaya melakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.

“Saya lihat kibaran bendera (Jalur Gemilang) seluruh dunia, kita bersyukur kerana negara aman, stabil dan semangat rakyat itu kian menyemarak.

“Semangat ini tidak selalunya jadi, 67 tahun kita sambut negara merdeka tetapi tidak setiap tahun semangat itu sama … kita (perlu) manfaatkan (semangat ini) untuk meyakinkan diri kita dan negara untuk memperbaiki diri dalam segala bidang,” katanya.

Baca artikel lain: Semua penjawat awam perlu beri kerjasama kepada KSN baharu – PM Anwar

Anwar berkata demikian pada Majlis Pertemuan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan September, pagi ini.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini disambut di Dataran Putrajaya dengan tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.’

Lebih 100,000 rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta latar belakang menghadiri sambutan itu bagi menunjukkan rasa cinta kepada negara di samping menyaksikan pelbagai persembahan dan perarakan pelbagai kontinjen serta aset negara termasuk aset pertahanan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This