KSN buat lawatan mengejut ke JPJ, tegur masa menunggu ‘agak lama’

Dari Penulis

KETUA Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang baru dilantik, menegur Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tempoh menunggu ‘agak lama” untuk orang ramai mendapatkan perkhidmatan di agensi tersebut.

Sehubugan itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu ketika mendapatkan perkhidmatan di kaunter agensi itu.

Katanya, beliau mahu agensi itu menambah baik taraf perkhidmatan dan memastikan isu melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi selepas mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat JPJ, di Putrajaya, sempena penambahan waktu operasi selama satu jam mulai 19 Ogos lepas.

“Proses kerja (masa menunggu) agak lama. Justeru, saya telah mengarahkan ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan dan ketua pengarah JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu.

“Selain itu, ruang menunggu perlu ditambah baik bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan (terdapat kerosakan kerusi dan juga tiada kipas). Saya telah mengarahkan Putrajaya Holdings untuk mengambil tindakan segera dalam minggu ini,” katanya dalam catatan Facebook.

Shamsul Azri berkata, lawatan itu bertujuan meninjau operasi dan perkhidmatan diberikan kepada orang ramai susulan penambahan waktu pengoperasian kaunter selama satu jam, berkuat kuasa pada 19 Ogos di beberapa negeri terpilih.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas dan anggota JPJ yang telah bertungkus-lumus memberikan khidmat yang baik kepada pelanggan dan turut meminta semua jabatan kerajaan memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This