Bersatu wakil PN tanding kerusi PRK DUN Mahkota

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini. 

Memetik laporan BH Online, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, keputusan itu dicapai mengambil kira kerusi PRK DUN Mahkota sebelum ini merupakan milik Bersatu. 

Menurut Takiyuddin, pengumuman calon yang akan bertanding pada kerusi PRK DUN Mahkota itu akan diadakan seminggu sebelum hari penamaan calon. 

“PN akan mengikut parti mana yang bertanding di kerusi berkenaan sebelum ini sebagaimana yang kita lakukan di DUN Nenggiri dan Sungai Bakap.

“Justeru, PN setuju BERSATU mengemukakan calon di kerusi berkenaan mewakili PN. Siapa calonnya tunggu mesyuarat PN terlebih dahulu.

“Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BERSATU untuk PRK berkenaan,” katanya. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota di Johor adalah pada 28 September depan.

Sebagai rekod, Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang, Johor.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi.

Pada PRN itu, Sharifah Azizah meraih 16,611 undi dalam saingan empat penjuru menewaskan Taqiuddin Che Man dari Amanah, Mohamad Nor Lingan yang mewakili Perikatan Nasional (PN) serta calon Parti Warisan, Mohamed Noor Suleiman.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This