POLIS kini menjalankan siasatan terhadap kes penipuan tawaran pakej pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlaku di Taiping.
Ketua Polis Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 62 tahun yang bekerja sebagai akauntan yang menjadi mangsa kepada penipuan tersebut pada 2 September lalu,
Berdasarkan laporan tersebut, Mohamad Nasir berkata, mangsa menyatakan beliau telah diperdaya dan ditipu oleh satu tawaran pakej pembayawarn bil TNB yang tidak wujud.
Jelas Mohamad Nasir, mangsa memaklumkan beliau telah menghubungi seorang lelaki melalui telefon berkenaan diskaun pembayaran bil TNB jika dapat mencari pelanggan yang membuat pembayaran melalui mangsa.
“Suspek yang dihubungi mangsa menjanjikan diskaun sebanyak 35 peratus jika dapat mencari pelanggan yang ingin membuat pembayaran bil melalui mangsa.
“Oleh kerana percaya dengan suspek, mangsa telah menawarkan diskaun 10 peratus kepada pelanggan yang ingin membuat pembayaran kepadanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Nasir berkata, dari tarikh 8 Julai sehingga 27 Ogos, mangsa telah berjaya mencari seramai 120 pelanggan yang telah bersetuju untuk membuat pembayaran bil elektrik melalui mangsa.
Katanya, jumlah bayaran yang diterima mangsa daripada pelanggan-pelanggan yang dicari adalah kira-kira RM207,000.
Mohamad Nasir berkata, daripada jumlah tersebut setelah ditolak dengan keuntungan 35 peratus, mangsa telah membuat 11 kali transaksi pindahan wang ke lima akaun berbeza melibatkan jumlah keseluruhan RM164,903.
Begitupun, Mohamad Nasir berkata, seorang daripada pelanggan mangsa mendapat mesej daripada TNB bahawa bil elektrik masih tertunggak.
“TNB mengesahkan bil elektrik masih tertunggak setelah semakan dibuat. Mangsa telah cuba untuk menghubungi suspek tetapi gagal dan talian yang digunakan suspek didapati tidak aktif.
“Mangsa mengesyaki dirinya telah ditipu dan telah membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu) dan siasatan masih dijalankan,” katanya.
Mohamad Nasir berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pakej pembayawan bil TNB yang tidak wujud dan menjanjikan keuntungan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

