Geng Thamu, Geng Tongkol dijerat polis

Dari Penulis

GENG Thamu yang aktif dalam jenayah pecah cermin kereta dan melarikan barangan berharga tumpas susulan tangkapan dua lelaki, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bermula pukul 4.30 petang.

Katanya, suspek lelaki berusia 50 tahun membabitkan seorang warga tempatan dan Pakistan.

“Kita telah merampas sebuah motosikal disyaki diguna suspek dalam jenayah selain beberapa barang kes seperti enam telefon bimbit, 18 komputer riba serta pakaian.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggar bernilai RM60,000,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sebahagian daripada laptop yang dirampas selepas polis berjaya menumpaskan ‘Geng Thamu’ yang aktif melakukan jenayah pecah cermin kereta di sekitar Sentul ketika Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata, dengan kejayaan ini, polis telah menyelesaikan 20 kes babit jenayah pecah kenderaan di Kuala Lumpur.

Baca artikel lain: Polis tahan 2 suspek tumpaskan sindiket dadah di Sentul

Tambahnya, siasatan mendapati Geng Thamu ini telah aktif sejak awal tahun ini di mana suspek utama memiliki empat rekod lampau.

“Kedua-dua suspek telah direman tiga hari sehingga Khamis untuk siasatan Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kes berlainan, polis turut menumpaskan Geng Tongkol yang terlibat dalam jenayah pecah masuk sekolah.

Ahmad Sukarno berkata, empat lelaki tempatan berusia 18 hingga 20 tahun ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul di Batu Caves, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu.

Menurutnya, polis telah merampas empat pasang pakaian digunakan suspek semasa melakukan jenayah, telefon bimbit, lima topi keledar, wang tunai kira-kira RM1,300 serta sebuah motosikal.

“Keempat-empat suspek direman sembilan hari sehingga 29 Ogos dan telah diserah kepada IPD Brickfields dan IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This