PERSATUAN Muafakat One Belt One Road (PMOBOR) akan terus menyokong mana-mana perusahaan dan syarikat dari Malaysia untuk meneroka peluang di China terutamanya di bawah Belt and Road Initiatives (BRI).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persatuan tersebut mempunyai jaringan yang luas bagi membantu golongan perniagaan dan pemain industri untuk menembusi pasaran China.
Beliau yang juga Penaung PMOBOR berkata, sebagai contoh syarikat jualan langsung, CNI kini berada dalam Top 20 di China dan meletakan sasaran untuk berada di kedudukan Top 10 dalam masa 5 tahun.

“Dengan inisiatif BRI, PMOBOR yakin dan percaya CNI akan terus berjaya dan kekal kukuh di persada antarabangsa serta meningkatkan hubungan dua hala khususnya perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan China.
Baca artikel lain: Gempa bumi kuat 6.2 skala richter berhampiran pantai utara Papua New Guinea
“Saya ingin ucapkan tahniah kepada CNI kerana telah berkembang begitu pesat dan berjaya dalam pelbagai bidang hingga berjaya bertapak di China dan meluaskan sayap perniagaannya di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan 500 vendor CNI di China, semalam.
Ismail Sabri bersama delegasi PMOBOR dalam rangka lawatan kerja ke negara ini selama 12 hari bermula kelmarin.
Lawatan kerja sempena 50 Tahun Hubungan Malaysia – China itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala khususnya dalam sektor perdagangan dan sekali gus membuka peluang-peluang baharu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

