Kes siak rotan budak 11 tahun telah selesai secara baik, kata polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan kes tular seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dirotan oleh siak ketika solat Jumaat di sebuah masjid dekat Gombak telah diselesaikan secara baik.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan kejadian tular itu di media sosial pada semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati pengadu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun telah membuat laporan polis pada pukul 5.24 petang hari Jumaat lalu.

“Pengadu telah menarik balik laporan polis kerana telah menyelesaikan perkara tersebut secara baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Sebelum itu tular perkongsian oleh seorang wanita di media sosial yang meluahkan rasa terkejut apabila anaknya di rotan oleh siak di masjid.

“Selalunya abinya bawak solat jumaat kat Masjid tempat abi dia keje atau kat Masjid Batu 12 dekat sebelah sekolah dia.

“Tapi Minggu lepas dia cuti sekolah, abi dia bawak solat kat masjid ehem ehem.

“1st time Afnan solat jumaat situ, tapi dapat pengalaman tak best pulak,” tulisnya.

Tambahnya, siak tersebut bertindak sedemikian bagi mengelak kanak-kanak yang berada di dalam masjid dari berbuat bising.

“Tak sangka pulak yang kena libas hari tu anak saya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This