16 dijangkiti Rotavirus selepas kunjungi Taman Rekreasi Che Minah Sayang

Dari Penulis

JANGKITAN Rotavirus menjadi punca 16 individu termasuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam setelah mengunjungi Taman Rekreasi Che Minah Sayang, Maran pada Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata seorang wanita berusia 27 tahun yang juga ibu kepada seorang daripada kanak-kanak berkenaan turut mengalami gejala sama.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran pada Khamis lepas, telah menerima satu notifikasi wabak Acute Gastroenteritis (AGE) dalam kalangan kanak-kanak dengan gejala sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam setelah mengunjungi Taman Rekreasi Che Minah Sayang.

“Hasil ujian makmal mendapati penyebab wabak ini adalah jangkitan Rotavirus manakala hasil ujian makmal bagi pengesahan penyakit kencing tikus (Leptospirosis) adalah negatif.

Baca artikel lain: 33 pengunjung kolam air panas Jasin disyaki dijangkiti wabak ‘kencing tikus’

“Kesemua kanak-kanak terlibat stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Jengka manakala wanita yang merupakan ibu kepada seorang daripada kanak-kanak tersebut dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rusdi, Rotavirus berpunca daripada air sungai yang tercemar dengan sisa buangan lampin pakai buang bayi dan sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak pengurusan taman rekreasi berkenaan menjalankan kerja-kerja pembersihan.

“JKN Pahang ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi etika kebersihan dengan melupuskan lampin pakai buang bayi dengan cara yang selamat serta tidak membuang sampah merata-rata ketika mengunjungi mana-mana taman rekreasi.

“Jabatan ini akan terus memantau perkembangan wabak ini dari semasa ke semasa,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This