Tebing sungai runtuh: Projek LRA Sungai Rasau dijangka siap lewat

Dari Penulis

PEMBINAAN projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau dijangka siap lebih lewat daripada jadual asal susulan insiden tebing sungai runtuh dan menenggelamkan tapak projek. Sabtu lalu.

Projek LRA Sungai Rasau itu dijadualkan siap pada tahun hadapan.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Mohd Fazil Ismail memaklumkan, Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan tindakan kontingensi susulan kejadian berkenaan.

Katanya, Air Selangor juga akan mengenal pasti penambahbaikan sistem agihan grid.

“Tindakan kontingensi itu akan melibatkan LRA Sungai Semenyih, Sungai Selangor dan Labohan Dagang.

“Pihak kontraktor iaitu Gamuda Berhad akan melantik pakar bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan sebelum meneruskan kerja pembinaan.

“SPAN akan menunggu laporan terperinci daripada mereka sebelum sebarang kesimpulan menyeluruh boleh dibuat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.

Baca artikel lain: Tebing sungai runtuh: Gamuda henti kerja pembinaan projek Bekalan Air Sungai Rasau

Dalam pada itu, Mohd Fazil berkata, insiden berkenaan tidak akan menjejaskan bekalan air ke kawasan sekitar.

“Pihak operator (Air Selangor) mempunyai pelan kontingensi mereka bagi memastikan bekalan air tidak terjejas,” ujarnya.

Sabtu lalu, runtuhan tebing sungai telah menenggelamkan kawasan pembinaan projek itu sedalam 19 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.14 petang.

Susulan itu, Gamuda Berhad berkata, semua kerja pembinaan di tapak projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) itu dihentikan buat sementara waktu.

Jelasnya, kerja-kerja pembinaan itu dihentikan bagi menilai keadaan di samping melaksanakan protokol keselamatan tambahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

16 bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM

SERAMAI 16 orang bekas tentera telah mula melaporkan diri sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Isnin lalu. Pengerusi...

More Articles Like This