PERIKATAN Nasional (PN) mengumumkan Ahli Jawatankuasa BERSATU Kluang, Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon akan mewakili gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Pemilihan bekas jurulatih bola sepak daerah Kluang sebagai calon itu diumumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada majlis pengumuman calon PN tadi.
“Calon yang akan mewakili PN di DUN Mahkota adalah seorang bekas pemain bola sepak Johor FA sejak 1982. Kini beliau merupakan seorang jurulatih bola sepak dengan memegang lesen B dalam bidang kejurulatihan.
“Disiplin, ketegasan dan keakraban beliau dengan anak-anak muda menjadikan beliau terkenal dengan gelaran ‘coach’ dalam kalangan masyarakat majmuk Kluang,” katanya.
Beliau berkata, parti melihat anak jati Kluang itu mampu membantu mengembalikan kerusi tersebut kepada PN.
Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon kerajaan.
PRK itu diadakan susulan kematian Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.
Sharifah Azizah yang juga ketua Wanita Umno Kluang sejak 1993 menawan kerusi DUN itu daripada Pakatan Harapan dengan majoriti 5,166 undi pada PRN 2022.
Rakyat Mahkota akan memilih wakil mereka pada 28 Sept. Penamaan calon pada 14 Sept.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

