Ezaidi Aziz tegas bab agama, enggan bersentuhan dengan pelakon wanita – “Saya nak rezeki berkat”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON baharu Ezaidi Aziz tegas dengan pendiriannya untuk tidak menerima sebarang tawaran yang melibatkan aksi bersentuhan dengan pelakon wanita.

Ezaidi atau Mohammad Ezaidi Abdul Aziz,29, berpendapat tujuannya mencuba bidang seni adalah kerana ingin mencari pendapatan yang lebih berkat.

“Niat saya bekerja nak dapat gaji sama seperti orang lain yang mencari rezeki.

“Dalam pekerjaan, saya mahukan keberkatan, jadi saya perlu menjaga batasan.

“Syukur Alhamdulillah, setakat ini semua produksi yang saya kerja tidak pernah minta untuk melakonkan adegan berlebihan seperti kena bersentuhan dengan pelakon wanita,” katanya kepada URTV.

Ezaidi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Satu Hari Nanti di The Curve, Damansara.

Pada masa sama, Ezaidi bertegas menolak sekiranya perlu melakonkan watak yang dirasakan berlebihan.

Malah, dia juga percaya kepada rezeki yang diberikan oleh Allah untuk dirinya.

“Kalau permintaan mengarut seperti kena berpelukan atau mengangkat pelakon perempuan, saya akan bertegas untuk menolak dengan cara baik.

“Penting untuk saya melihat dahulu jalan cerita sesebuah drama sebelum menerima tawaran lakonan. 

“Jika orang kata saya letak terlalu banyak syarat, saya rasa tidak. Saya hanya titikberatkan bab agama. Saya bukan orang yang baik tapi mungkin Allah tutup aib saya.

“Saya bukan nak jaga hati sesiapa tapi saya nak jaga yang di atas (Allah). Saya percaya bahawa semua rezeki itu Allah yang bagi,” ujarnya.

Percaya pada kewibawaan dan kepakaran pengarah dalam mengarahkan babak romantis tanpa perlu aksi bersentuhan, Ezaidi akan sentiasa berbincang sekiranya perlu.

“Saya percaya sekarang banyak saja adegan romantik tanpa perlu bersentuhan. 

“Saya akan cuba berkomunikasi dengan pengarah sekiranya perlu bersentuhan dengan pelakon wanita melainkan beralas.

“Saya rasa zaman sekarang sudah ramai pengarah yang  boleh bertoleransi dan memahami. Mereka pun tak ada minta aksi berlebihan daripada pelakon,” katanya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This