Sebuah kereta terbabas sebelum terjunam dari atas Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka.

SEORANG lelaki terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam dari atas Jambatan Syed Abdul Aziz setinggi kira-kira 30 meter di Melaka pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 pagi semasa lelaki berusia 53 tahun itu sedang memandu kereta dari arah pusat bandar menghala ke Limbongan.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai terlelap ketika memandu, menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan dan melanggar penghadang, sebelum terjatuh ke bawah jambatan tersebut.

“Lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki kanan itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata polis sedang berusaha mengesan saksi kejadian dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram