Lelaki ditahan babit kes bunuh di Ladang Sawit Sebubok

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan di Ladang Sawit Sebubok, Niah dekat Sarawak pada Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Anak Chabu berkata, suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an.

“Turut dirampas senjata api buatan sendiri (bakakok) yang disyaki digunakan dalam kejadian ini.

“Suspek telah direman di Mahkamah Miri selama tujuh hari sehingga 18 September untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis yang berdekatan atau menghubungi di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat.

Sementara itu, media Kompas melaporkan, mangsa merupakan seorang lelaki yang dikenali sebagai Gafur, 40, dan berasal dari Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat dekat Indonesia.

Difahamkan, mangsa telah ditembak ketika sedang bekerja di ladang sawit pada 29 Julai lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada dahi, mata, leher dan perut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This